Pentadbiran
PUSAT PENTADBIRAN
Madrasah ini mempunyai sebuah pejabat di mana ia digunakan untuk pentadbiran madrasah, pendaftaran pelajar, mesyuarat, menyambut tetamu dan beberapa tugas berkaitan. Ia dikendali oleh petugas tetap dibantu oleh Lajnah Penerangan & Penerangan, Lajnah Pelajaran dan ahli jawatankuasa Majlis Syura Pelajar
Majlis Syura Pelajar (MSP) sendiri turut mempunyai pejabat untuk beroperasi dalam menguruskan pentadbiran peringkat pelajar. Jawatankuasa muslimat turut mempunyai pejabat tersendiri bagi mengawal dan mengurus bahagian muslimat
Begitu juga Lajnah Perhubungan dan Penerangan diberikan ruang pejabat khusus bagi memudahkan pergerakan aktiviti dan program yang dijalankan dari masa ke semasa
Bagi melicinkan pembangunan dan pentadbiran maka pihak madrasah telah memberikan pejabat khas bagi Jawatankuasa Khas Pembangunan Pondok untuk menggerakan gerak kerja bahagian ini
Pihak madrasah turut merancang untuk membina bilik guru bagi memudahkan sebarang aktiviti pengajaran di mana setakat ini guru hanya menggunakan pejabat pentadbiran bagi semua aktiviti yang bersangkutan
KOMUNITI PENDUDUK
Madrasah ini mempunyai jumlah bilangan penduduknya seramai 1300 orang sebagaimana maklumat di bawah :
* 700 orang penduduk termasuk guru dan keluarga serta orang tua dan kelamin
* 500 orang pelajar lelaki
* 100 orang pelajar perempuan
KELUASAN DAN PENEMPATAN
Ia merangkumi kawasan seluas 40 ekar dengan tanah wakaf milik madrasah seluas ¾ ekar manakala selebihnya milik persendirian. Ia menampung lebih kurang 800 unit rumah dan pondok di mana ia terbahagi kepada beberapa kawasan yang merangkumi :
* Rumah Tuan Guru, tenaga pengajar dan keluarga
* Pondok orang-orang tua
* Pondok pelajar lelaki
* Pondok pelajar perempuan
* Pondok keluarga
* Pejabat pentadbiran
* Masjid dan surau-surau untuk pengajian
* Tanah perkuburan Islam
Struktur Organisasi Sesi 1431/1432H
JEMAAH PENGUASA
Penguasa 1 : al-Fadhil Tuan Guru Hj Hashim b Hj Abu Bakar
Penguasa 2 : al-Fadhil Ustaz Hj Wan Muhammad b Hj Wan Osman
Penguasa 3 : al-Fadhil Ustaz Hj Salleh b Ismail
Setiausaha Agong : Ustaz Hj Ahmad Shairazi b Hj Atiqullah
Bendahari Agong : Ustaz Hj Abu Bakar b Hj Osman
JEMAAH TADBIR
Pengerusi : Ustaz Hj Abdul Halim b Hj Abdul Ghani
Setiausaha : Ustaz Hj Muhammad b Talib
Timbalan Setiausaha : Ustaz Hj Zaini b Mustafa
Bendahari : Ustaz Hj Abu Bakar b Hj Osman
1. Lajnah Pendidikan dan Pelajaran
Pengerusi : Ustaz Hj Ahmad Khairi b Hj Muhammad
Timbalan : Ustaz Hj Wan Ali Syabramallisi b Hj Wan Muhammad
Setiausaha : Ustaz Ilias b Abdul Jalil
2. Lajnah Akhlak dan Ibadat
Pengerusi : Ustaz Hj Ahmad Naim b Hj Muhammad
Timbalan : Ustaz Hj Sobri b Hj Mustafa
Setiausaha : Ustaz Sufian b Awang
3. Lajnah Keselamatan dan Keamanan
Pengerusi : Ustaz Hj Bahruddin b Abdul Rahman
Timbalan : Ustaz Hj Ahmad Shukri b Hj Hashim
Setiausaha : Ustaz Sulaiman b Ibrahim
4. Lajnah Penerangan dan Perhubungan
Pengerusi : Ustaz Hj Nurussobah b Hj Mustafa
Timbalan : Ustaz Mohd Fuad b Wahab
Setiausaha : Ustaz Hj Wan Qusyairi b Hj Wan Muhammad
5. Lajnah Perancangan dan Pembangunan
Pengerusi : Ustaz Hj Muhammad b Talib
Timbalan : Ustaz Mohd Fadhli
Setiausaha : Encik Jazli
6. Lajnah Ekonomi dan Kewangan
Pengerusi : Ustaz Hj Abdul Halim b Hj Abdul Ghani
Timbalan : Ustaz Hj Abdul Rahim b Hj Hamzah
7. Lajnah Kebersihan dan Keceriaan
Pengerusi : Ustaz Hj Suhaimi b Hj Ismail
Timbalan : Ustaz Abdullah b Mohd Nor



