Ijab dan kabul dalam jual beli

Ijab dan kabul

  • Ijab ialah memberi tawaran sesuatu supaya diterima. Ijab pada jual beli ialah tawaran menjual sesuatu kepada pembeli dengan harga tertentu.
  • Kabul ialah menerima. Kabul pada jual beli menerima tawaran sesuatu yang dijual.
  • Ijab dan kabul secara bergurau adalah sah kerana makna pada lafaznya dikehendaki. Adapun ijab dan kabul secara mengejek atau bersenda tidak sah kerana makna pada lafaznya tidak dikehendaki bahkan yang dikehendaki pada lafaznya adalah mengejik atau bersenda.
  • Harus mendahulukan kabul sebelum ijab seperti pembeli berkata engkau jual kepada aku buku ini dengan harga sepuloh ringit kemudian menjawab penjual aku jual kepada kamu.
  • Contoh lafaz ijab:
  1. “Aku jual barang ini kepada engkau dengan harga sepuloh ringit”.
  2. “Barang ini untuk engkau dengan harga sepuloh ringit”.
  3. “Barang ini jadi milik kamu dengan harga sepuloh ringit”.
  4. “Aku beri barang ini kepada kamu dengan harga sepuloh ringit”.
  • Contoh lafaz Kabul:
  1. “Aku beli barang ini dengan harga sepuloh ringit”.
  2. “Aku terima barang ini dengan harga sepuloh ringit”.
  3. “Aku ambil barang ini dengan harga sepuloh ringit”.
  4. “Aku miliki barang ini dengan harga sepuloh ringit”.
  • Sah menjawab dengan lafaz “ya” pada seumpama kata pembeli aku jual kitab ini dengan harga lima ringit atau pada kata penjual engkau jual buku ini pada aku dengan harga lima ringit.
  • Sebagai ganti ucapan, isyarat orang bisu pada ijab dan kabul adalah sah.
  • Sah ijab dan kabul dengan tulisan jika penjual menulis surat kepada pembeli yang tidak hadir pada majlis akad dengan syaratkan pembeli melafazkan kabul setelah dia selesai membaca lafaz ijab, adapun pembeli yang tidak melafazkan kabul setelah selesai membaca lafaz ijab bahkan dia bercakap dengan perkatan yamg lain maka tidak sah ijab dan kabul itu.
  • Menulis kata-kata ijab kepada pembeli yang hadir di majlis akad adalah sah mengikut pandangan Imam Subki jika pembeli mengucap lafaz kabul dengan segera.

 

Syarat bagi ijab dan kabul 

 

  1. Ijab hendaklah diikuti oleh kabul dengan segera.
  2. Ijab dan kabul hendaklah didengar oleh orang yang hampir dengan orang yang melafazkannya.
  3. Hendaklah bersamaan ijab dan kabul pada makna walaupun berlainan pada lafaz.
  4. Hendaklah didalam ijab dan kabul tidak dita’lik jual beli dengan sesuatu.
  5. Hendaklah didalam ijab dan kabul tidak diwaktukan jual beli.
  6. ijab tidak berubah sebelum adanya kabul.

 

Keterangan bagi syarat Ijab hendaklah diikuti oleh kabul dengan segera

 

  • Ijab dan kabul tidak diselangi oleh perkataan yang tidak kena mengena dengan akad jual beli.
  • Ijab dan kabul tidak diselangi oleh diam yang panjang kira-kira boleh menimbulkan perasaan bahawa pembeli tidak mahu mengucapkan kabul.
  • Tidak mengapa antara ijab dan kabul diselangai oleh diam sekejap.

 

Keterangan bagi syarat Ijab dan kabul hendaklah didengar oleh orang yang hampir dengan orang yang melafazkannya.

 

  • Hendaklah penjual dan pembeli melafazkan ijab dan kabul sehinga mendengar orang yang hampir dengan mereka.
  • Tidak disyaratkan lafaz ijab dan kabul didengar oleh taulannya yang berakad.
  • Ijab dan kabul yang tidak didengar oleh orang yang hampir adalah tidak sah kerana seolah-olah tidak berlaku ijab dan kabul.

 

Keterangan bagi syarat hendaklah bersamaan ijab dan kabul pada makna walaupun berlainan pada lafaz.

 

  • Bersamaan ijab dan kabul pada makna seperti pada jenis barang yang dijual atau harganya, sifatnya, bilangannya, dan tunai atau bertangoh.
  • Contoh bersamaan lafaz dan makna:

“Aku jual jam ini kepada kamu dengan harga seratus ringit tunai”, pembeli menjawab “aku terima jam ini dengan harga seratus ringit tunai” maka jual beli ini adalah sah.

 

  • Contoh bersalahan makna:

“Aku jual baju ini dengan harga sepuloh ringit tunai”,  jawab pembeli “aku beli baju ini dengan harga sepuloh ringit bertangoh” maka jual beli ini adalah tidak sah.

  • Contoh bersamaan makna berlainan lafaz:

“Aku jual barang ini dengan harga sepuloh ringit bertangoh”, jawab pembeli “aku beli barang ini dengan harga sepuloh ringit hutang” maka jual beli ini adalah sah.

 

Keterangan bagi syarat hendaklah didalam ijab dan kabul tidak dita’lik jual beli dengan sesuatu

 

  • Ta’lik ialah mengantongkan satu pekerjan dengan sesuatu.
  • Ta’lik dalam jual beli ialah mengantongkan lulusan jual beli dengan satu pekara
  • Jual beli yang berta’lik adalah tidak sah
  • Contoh jualbeli yang berta’lik:
  1. “Aku jual tanah ini kepada kamu dengan harga sepuloh ribu ringit jika bapa ku mati”.
  2. “Aku jual kasut ini kepada kamu jika isteri ku mengandong”.

 

Keterangan bagi syarat hendaklah didalam ijab dan kabul tidak diwaktukan jual beli

 

  • Mewaktukan jual beli ialah menghadkan masa pada jual beli yakni barang yang dijual berada didalam milik pembeli pada masa yang ditetapkan didalam akad.
  • Jual beli yang dihadkan masa adalah tidak sah
  • Contoh jual beli yang diwaktukan:
  1. “Aku jual barang ini dengan harga sepuloh ringit selama sebulan”.
  2. “Aku jual barang ini kepada kamu dengan harga lima ringit sepanjang bulan ramadan”.

 

Keterangan bagi syarat ijab tidak berubah sebelum adanya kabul.

 

  • Perubahan ijab sebelum datangnya kabul adalah tidak sah sekiranya penjual tidak melafazkan ijab pada kali kedua dengan sempurna adapun jika penjual melafazkan ijab pada kali kedua dengan sempurna maka sah ijabnya.
  • Contoh ijab yang berubah tidak sempurna:

“Aku jual barang ini dengan harga lima ringit bahkan sepuloh ringit” maka ijab ini adalah tidak sah.

  • Contoh ijab yang berubah dengan sempurna:

“Aku jual barang ini dengan harga lima ringit, aku jual barang ini dengan harga sepuloh ringit” maka lafaz ijab ini adalah sah.

 
Sidang Redaksi Portal

Penaung
Tuan Guru Hj Wan Muhammad b. Wan Osman

Penasihat
Ust. Hj Salleh b Ismail

Pengarah
Hj Shairazi Atiqullah facebook.com/ekhutbah

Ketua Pengarang
Ust. Hj Ahmed Khairi b Muhamed

Pen. K. Pengarang
Ust. Hj Mohd Zaini b Mustafa

Sidang Pengarang
Ust. Alias Abd Jalil almalakawi.wordpress.com 

Webmaster
Abdul Halim b. Mohd Pauzi