Kuliah Subuh Perdana Habib Ali bin Syeikh Abu Bakar bin Salim Ulama’ Yaman PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 19 April 2016 00:02

Dijemput muslimin dan muslimat untuk menghadiri Kuliah Subuh Perdana yang akan disampaikan oleh Habib Ali bin Syeikh Abu Bakar bin Salim Ulama’ Yaman di Masjid Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu,  Kelantan bermula 6.45 pagi Jumaat 29 April 2015. Maklumat lanjut layari al-bakriah.com.my

Last Updated on Tuesday, 26 April 2016 12:53
 
Setiap detik kehidupan tak terlepas kurniaan nikmat PDF Print E-mail
Written by Mohamad Fadzil Awang   
Monday, 18 April 2016 08:13

ORANG yang rajin berusaha dan sentiasa berdoa akan menerima limpah kurnia daripada Allah SWT.

REALITINYA hari ini, ramai yang lalai untuk bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Sedar atau tidak, nikmat itu sangat banyak dan pelbagai bentuk. Setiap detik kehidupan kita tidak terlepas daripada kurniaan nikmat pemberian Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah an-Nahl, ayat 16)

Read more...
 
Sekulerisme dan Wibawa manusia PDF Print E-mail
Written by SAODAH ABD. RAHMAN   
Monday, 18 April 2016 08:10

FAHAMAN sekularisme yang dianuti oleh masyarakat di negara Barat bukan sahaja boleh menyebabkan penganutnya memisahkan kehidupan mereka daripada nilai-nilai agama malah boleh juga menghapuskan fitrah penciptaan manusia. Kefahaman terhadap nilai-nilai agama dan jati diri sebagai makhluk Allah yang berwibawa kian hari semakin pupus. Masyarakat sekular lebih mementingkan kemewahan dan kemajuan material daripada pembentukan kerohanian dan keperibadian berunsurkan kepada perundangan dan nilai-nilai agama.

Last Updated on Monday, 18 April 2016 08:13
Read more...
 
Hati tak tenteram selagi diselubungi dosa PDF Print E-mail
Written by Drs Wan Aminurrashid W Abd Hamid   
Sunday, 03 April 2016 22:58

Mukmin yang beriman akan berusaha bersungguh-sungguh menjauhi maksiat kerana perasaan malu kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Seorang hamba apabila melakukan sesuatu kesalahan (dosa), maka dititikkan dalam hatinya satu titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam itu hingga menutupi hatinya. Itulah diistilahkan 'ar-Raan' yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (mafhumnya): ''sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka". (Riwayat at-Tirmizi)

Read more...
 
Bahaya wabak penyakit wahan PDF Print E-mail
Written by TARMIZI ABDUL RAHIM   
Sunday, 03 April 2016 22:56

ALKISAHNYA, para asatizah dalam ceramah membicarakan mengenai kesempurnaan sistem ekonomi Islam termasuk pengkongsian kekayaan melalui pembayaran zakat – masalahnya, orang Islam masih kekal antara yang termiskin di negara ini dan seluruh dunia.

Kemudiannya dalam kelas tafsir, dikupas pula mengenai ayat al-Quran pertama diwahyukan iaitu Iqra’ atau Bacalah yang bermaksud Islam menekankan kepada kepentingan menuntut ilmu – hakikatnya, umat Islam serba ketinggalan dalam segenap segi.

Read more...
 
Majlis Munajat Perdana dan Solat Istisqa’ minta hujan Negeri Kelantan Jumaat ini PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 19 April 2016 00:00

Dijemput muslimin dan muslimat ke Majlis Munajat Perdana dan Solat Istisqa’ minta hujan Negeri Kelantan , di Padang Hoki, Kota Bharu, Kelantan bermula jam 4 – 8 pagi Jumaat 22 April 2016 ini.. Maklumat lanjut hubungi Us Tuan Syarifudin 0129083798 atau layari al-bakriah.com.my

 

Aturcara majlis

 

4.00 pagi      Munajat dan solat hajat

6.00 pagi      Solat Subuh dan Tazkirah Subuh

7.10 pagi     Solat Istisqa' Minta Hujan dan Khutbah

8.00 pagi     Sarapan

 
Ikhlas rintis amalan baik demi kemaslahatan ummah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 18 April 2016 08:12

DIDIK anak menderma sejak kecil langkah melahirkan Mukmin bertakwa.

RASULULLAH SAW bersabda: "Sesiapa yang melakukan perbuatan baik dalam Islam, maka dia mendapat ganjaran pahala amalan baiknya dan juga memperoleh pahala orang yang ikut melakukannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan sesiapa yang melakukan perbuatan buruk dalam Islam, maka dia akan mendapat dosa daripada perbuatannya itu dan juga dosa orang yang ikut melakukannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun." (Riwayat Muslim)

Read more...
 
Nasihat secara berhikmah, ikhlas jalin persaudaraan PDF Print E-mail
Written by Amran Zakaria   
Sunday, 03 April 2016 22:59

MENGGUNAKAN pendekatan bersemuka ketika beri nasihat elak rasa malu.

 

SEBAIK-baik pemberi nasihat itu memiliki akhlak lemah lembut, bersopan dan berhemah untuk menyampaikan nasihat supaya mampu mengindahkan halwa telinga serta pertimbangan akal mereka yang menerima nasihat. Allah SWT memerintahkan Nabi Musa dan Harun untuk menemui Firaun.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut." (Surah Taha, ayat 43-44)

Read more...
 
3 jenis mimpi PDF Print E-mail
Written by ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ   
Sunday, 03 April 2016 22:57

“APA maksud mimpiku malam tadi? Nak dibiarkan berlalu sayang rasanya sebab nampak macam menarik. Nak ditafsir terlalu rumit, macam tiada punca dan hujung pangkalnya,”

Soalan ini lazimnya selalu berlegar dalam minda sejurus pagi menjengah. Apa yang dilihat malam tadi nampak kabur, bercampur baur dengan bayangan yang seakan jelas. Hati cuba mencari jawapannya kerana manusia tidak mampu menanggung misteri yang terkunci dalam minda. Indah sekali Islam yang dibawa Rasulullah SAW iaitu ketika manusia meraba-raba mencari maksud mimpinya, baginda SAW selaku wakil Allah yang bertauliah merungkaikan misteri berkaitan mimpi dengan sabdanya:

Read more...
 
Hati penentu baik, buruk kehidupan PDF Print E-mail
Written by Nik Hasnah Ismail   
Sunday, 03 April 2016 22:55

Solat, zikir bantu Mukmin membersihkan hati dan sentiasa bersangka baik.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya (oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 10 of 168
 

Bancian Pengunjung

Pandangan anda berkenaan Laman ini