Memahami dan hayati Aidilfitri ikut lunas syarak PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 09 July 2016 17:34

Ikut piawaian manusia atau syariat?Patuhi piawaian manusia atau Allah?

Telah 4 hari umat Islam bakal menyambut Aidilfitri. Pelbagai ragam masyarakat merayakannya dengan pelbagai cita rasa masing-masing sama ada fesyen berpakaian, hiasan rumah, jamuan aneka kuih muih serta budaya ziarah menziarahi. Namun dalam kemeriahan ini, terlintaskah pada hati kita apakah sebenarnya hikmah merayakan Aidilfitri, apakah mengikut keinginan kita atau mengikut syariat Islam ?.

Read more...
 
Khutbah Aidil Fitri 1437H PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 03 July 2016 10:56

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Firman Allah dalam ayat 186 surah al-Baqarah :

....يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٨٥

Maksudnya : …… (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Read more...
 
Hargai kedatangan Ramadhan dengan amal soleh PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 16 June 2016 11:24

SEKEJAP sungguh masa berlalu. Pejam celik, pejam celik kita sudah melangkah masuk ke bulan Ramadan. Terasa masih baru berpisah dengan Ramadan tahun lalu. Mengapakah masa dirasakan semakin laju bergerak? Adakah putaran bumi semakin laju? Tidak sama sekali! Rasa deras masa berlalu termasuk dalam rangkuman “tanda akhir zaman” yang disebut oleh Rasulullah SAW:
“Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah masa menjadi singkat, setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan satu Jumaat, Jumaat bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam dan satu jam bagaikan api yang membakar daun kurma,” - Sunan Tirmizi.

Read more...
 
Al-Quran peneman setia Ramadan PDF Print E-mail
Written by Mohd Faiz Othman   
Thursday, 16 June 2016 11:21

Ramadan bulan yang diturunkan al-Quran, maka sebaik-baiknya kita menjadikan al-Quran sebagai teman dengan sentiasa membaca, serta menghayati isi terkandung dalam kitab suci yang juga mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW.

Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman menerusi segmen Ibrah di IKIMfm berkongsi kisah doa Nabi Ibrahim yang dimakbulkan Allah SWT pada malam al-Qadr dan kaitan secara langsung antara Nabi Ibrahim dengan Ramadan.

Read more...
 
Ramadan masa perangi hawa nafsu PDF Print E-mail
Written by Ahmad Nazri Mohd Yusof   
Saturday, 11 June 2016 11:51
NAFSU dikatakan amat payah untuk tunduk kepada perintah Allah SWT sejak ia mula-mula diciptakan. Oleh itu, untuk membentuk diri menjadi seorang yang beriman, hendaklah mendidik nafsu supaya mematuhi perintah Allah SWT.
Bulan Ramadan sewajarnya dimanfaatkan untuk mendidik nafsu mematuhi perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana orang yang berpuasa tidak mengikut keinginan nafsu makan dan minum, sebaliknya mereka berpuasa mengikut perintah Allah SWT.
Pada bulan Ramadan, nafsu telah dididik untuk berpuasa, maka inilah waktu yang sebaik-baiknya memperbanyakkan amalan soleh bagi meraih keberkatan dan ganjaran ditawarkan pada bulan mulia ini.
Read more...
 
Akal dan puasa PDF Print E-mail
Written by DR. MOHD. ZAIDI ISMAIL   
Saturday, 09 July 2016 17:33

Telah 4 hari  umat Islam seluruh dunia meninggalkan Ramadan dan me­nyambut kedatangan Syawal. Malangnya, di sebalik keria­ngan orang Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa selama sebulan semakin kerap kedengaran isu pembaziran dan penghasilan sisa makanan yang semakin meningkat dalam bulan Ramadan dan dipercayai berlanjutan pula hingga ke bulan Syawal, berbanding bulan-bulan lain.

Read more...
 
Sebuah Penempatan Muslimat Pondok Pasir Tumboh Musnah Terbakar Petang Tadi PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 17 June 2016 22:25

17 JUN – KOTA BHARU – Sebuah bangunan 2 tingkat yang menempatkan pelajar muslimat Pondok Pasir Tumboh musnah terbakar dalam suatu kejadian kebakaran kira-kira jam 5.30 petang  tadi

Kesemua penghuni seramai 42 orang pelajar muslimat terselamat yang kebanyakannya pelajar yang megikuti daurah bulan Ramadhan.

Kami memerlukan sumbangan orang ramai untuk meringankan bebanan mangsa yang terlibat terutama 20 pelajar kekal yang balik cuti di mana barangan mereka musnah dalam kebakaran ini

Sumbangan boleh disalurkan melalui

Penyelia muslimat       Ustaz Syuib 0129975513

Pengerusi Jemaah Tadbir    Ustaz Hj Abdul Halim  0139012288

Setiausaha                 Ustaz Shairazi   0199388902

 

Atau melalui akaun Tabung Madrasah Diniah Bakriah BIMB 03018010098410

Last Updated on Saturday, 18 June 2016 07:20
 
Puasa untuk kesihatan PDF Print E-mail
Written by DR. NORZAIDI ZAKARIA   
Thursday, 16 June 2016 11:23

MASYARAKAT Barat mengakui amalan berpuasa selama dua hari seminggu dalam Islam dapat mengembalikan tahap kesihatan manusia ke tahap optimum. Kajian terbaharu Barat membuktikan amalan puasa sunat Isnin dan Khamis yang disyorkan Islam itu mampu memulihkan hormon-hormon dalam tubuh daripada toksid-toksid makanan yang kita ambil.

Malah semasa bulan Ramadan, penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung akan mempunyai bacaan darah mereka yang terbaik menghampiri paras normal. Perkara itu berlaku kerana tahap penggunaan hormon insulin yang digunakan untuk memecahkan bahan makanan terutama karbohidrat kepada molekul tenaga di dalam badan rendah.

Read more...
 
Kuasai ilmu, iman kawal emosi PDF Print E-mail
Written by Syafiq Salleh   
Thursday, 16 June 2016 11:19

Allah SWT mengurniakan hati dan rasa untuk merasai nikmat-Nya seperti nikmat iman, kemuliaan serta pengampunan Allah SWT yang memberi kekuatan dalam hati untuk terus memanfaatkan sepenuhnya dalam kehidupan.

Dalam Islam, soal emosi sangat penting bagi setiap individu kerana berkait rapat dengan perasaan. Oleh itu, Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam segmen Islam Itu Indah berkata, pengurusan emosi perlu diketahui supaya mampu mengurusnya dengan baik. Beliau berkata. manusia yang berdosa perlu bertaubat dan syaratnya ialah rasa menyesal iaitu emosi yang memainkan peranan memberi garis panduan kepada umat Islam supaya takut serta patuh dengan larangan Allah SWT. "

Read more...
 
Kaedah pemakanan sahur yang betul PDF Print E-mail
Written by NURUL NAJIHAH MOHAMAD SHAHRIN   
Saturday, 11 June 2016 11:49

JIKA anda beranggapan dengan cara makan dan minum dalam kuantiti banyak ketika bersahur dapat membantu mereka menjalani ibadah puasa dengan baik, maka itu tidak benar sama sekali.

“Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah kurma”. Demikianlah sabda Nabi Muhammad SAW. Di sini jelas me­nunjukkan kepada kita bahawa cara bersahur yang betul tidak bergantung kepada kuantiti makanan yang dimakan, sebalik­nya apa yang kita makan ketika bersahur iaitu makanan berzat yang cukup membekalkan tenaga ketika berpuasa.

Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 8 of 168
 

Bancian Pengunjung

Pandangan anda berkenaan Laman ini