Tambahan nikmat jika bersyukur PDF Print E-mail
Written by Ahmad Nazri Mohd Yusof   
Saturday, 13 August 2016 07:44

DARIPADA Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang melepaskan seorang Mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan kiamat. Barang siapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barang siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah SWT sentiasa bersedia menolong hamba-Nya selagi mana dia suka menolong saudaranya.”

Read more...
 
Anggota badan buktikan kebenaran atas amalan dunia PDF Print E-mail
Written by Fairuz Noordin   
Monday, 01 August 2016 22:55

APABILA berada di alam barzakh, kita akan mula menjalani kehidupan alam malakut yang sama sekali berbeza suasananya daripada alam dunia. Manusia akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu golongan orang soleh yang rohnya berada di tempat mulia dan satu lagi orang talih (sesat) di tempat yang keji.

Read more...
 
Nikmat lepasi ujian Padang Mahsyar PDF Print E-mail
Written by Fairuz Noordin   
Monday, 01 August 2016 22:52

UKURAN kejayaan hidup manusia tidak dinilai di dunia tetapi Allah SWT jadikan ukuran nilai sama ada berjaya atau tidak ketika berada di Padang Mahsyar nanti.

Diceritakan oleh al-Muhasibi dalam kitabnya Al-Tawahum wal Ahwal, Allah SWT akan mengumpulkan seluruh manusia dan jin di Padang Mahsyar dalam keadaan hina dan tidak ada seorang pun yang bangun berpakaian. Mereka yang dahulunya mempunyai kedudukan, darjat dan pangkat juga akan menjadi rendah serta hina kerana ia bukan lagi menjadi keutamaan pada ketika itu. Orang jahat datang dengan keadaan tunduk kepalanya dan penuh ketakutan, malah syaitan juga dibawa dalam keadaan sama di Padang Mahsyar nanti.

Read more...
 
Jangan pandang remeh dosa kecil PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 01 August 2016 22:49

“CUMA berkasar sedikit sahaja, sekadar menyinggung perasaan, cuma buang sampah merata-rata sahaja, tak apalah, hanya dosa kecil,” Begitulah mentaliti kebanyakan umat Islam untuk dijadikan alasan apabila terus menerus melakukan kesalahan kecil.

Beranggapan hanya dosa kecil yang mudah terampun, membuatkan ramai mengambil sikap pandang remeh terhadap sesuatu kesalahan kerana dianggap akan terhapus dengan melakukan amal ibadat dan beristighfar atau bertaubat.

Read more...
 
Daftar masuk pelajar muslimat Pondok Pasir Tumboh dibekukan sementara waktu PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 21 July 2016 00:55

Pihak pentadbiran Pondok Pasir Tumboh dengan ini memaklumkan bahawa pendaftaran masuk pelajar muslimat baru ke madrasah ini dibekukan buat sementara waktu kerana masalah penempatan dan beberapa perkara berkaitan

Sebarang maklumat sila hubungi pejabat 097657786 atau 0199388902

Kami mencadangkan agar pelajar muslimat untuk mendaftar masuk ke Pondok-pondok berkenaan sebagai alternatif

 

Last Updated on Thursday, 21 July 2016 01:01
Read more...
 
Pengajaran wasiat Muhammad al-Fateh PDF Print E-mail
Written by Dr Burhanudin Jalal   
Monday, 01 August 2016 22:56

KISAH Panglima Muhammad al-Fateh (Sultan Mehmed II) sentiasa segar walaupun sentiasa dibincang dan diperkatakan. Mengulang-ulang kisah hidupnya dalam lipatan sejarah kegemilangan peribadi, kepemimpinan dan pemerintahannya tidak pernah menjemukan.

Kehidupan, keperibadian dan kepemimpinan Muhammad al-Fateh dapat memberikan gambaran secara jelas dan terperinci mengenai ketakwaan, keyakinan dan kepatuhannya kepada agama dan Allah SWT menjadikan beliau sultan yang adil, amanah, berwawasan serta penyayang terhadap rakyatnya. Ini seperti digambarkan melalui sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Constantinople akan ditakluki. Maka sebaik-baiknya pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya dan yang akan menakluknya.”

Read more...
 
Jangan jadi ejen syaitan PDF Print E-mail
Written by ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ   
Monday, 01 August 2016 22:53

Persediaan menghadapi ombak ganas media sosial

 

SEMUA sedia maklum Ummul Mukminin Aishah binti Abu Bakar r.a. pernah difitnah oleh golongan munafik Madinah. Fitnah ini berlanjutan selama hampir sebulan dan meresahkan keluarga Rasulullah SAW. Ia seperti ombak ganas yang merempuh tanpa belas kasihan.

Ketika keadaan semakin meruncing, Allah menurunkan ayat daripada surah al-Nur yang membersihkan nama Aishah dan Safwan bin Mu’attal r.a. secara mutlak. Apa yang lebih penting di sebalik kisah ini ialah etika dan panduan menguruskan maklumat yang diterima.

Read more...
 
Menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab PDF Print E-mail
Written by SAODAH ABD. RAHMAN   
Monday, 01 August 2016 22:50

ISLAM adalah satu agama yang komprehensif dan moderate. Islam menggalakkan umatnya bekerja untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Setiap individu Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu tanpa mengira jawatan dan latar belakang. Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam adalah:

* Pertama, tanggung jawab terhadap Allah.

Read more...
 
2 Rumah Pinggiran Pondok Pasir Tumboh Hangus Terbakar PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 22 July 2016 18:44

 

22 JULAI- 2 buah rumah sewa PINGGIRAN Pondok Pasir Tumboh hangus terbakar selepas solat Jumaat tadi iaitu satu yang dibeli oleh Ustaz Mustafa b Desa selangor salah seorang tenaga pengajar pondok yang kini masih brcuti di selangor manakala satu lagi disewa oleh pelajar sekolah Taqaddum Maarif yang biasanya balik cuti hujung minggu. Punca samada lintar pintas atau ada pelajar sekolah yang tidak pulang bercuti yang lupa menutup dapur gas

 

Last Updated on Friday, 22 July 2016 18:52
Read more...
 
Daftar baru dibuka mulai 18 Syawal 1437H / 23 Julai 2016M ini PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 09 July 2016 17:37

Makluman bahawa daftar baru kemasukan Pondok Pasir Tumboh terus dibuka tiap hari Sabtu dan Ahad  mulai 18 Syawal 1437H / 23 Julai 2016M ini

 

Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 7 of 168
 

Bancian Pengunjung

Pandangan anda berkenaan Laman ini