Kelas Fardhu Ain pelajar 9-12 tahun di Masjid Pondok Pasir Tumboh PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 29 November 2016 05:51

Kelas Fardhu ain untuk pelajar lelaki dan perempuan berumur 9-12 tahun di Masjid Pondok Pasir Tumboh akan mula daftar dan pengajian pada jam 11.30 pagi ini di tingkat 2 masjid. Pendaftaran sentiasa terbuka sepanjang masa tanpa had bilangan pelajar

Read more...
 
Mudir Pondok Pasir Tumboh Dapat Anugerah Dato' PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 13 November 2016 08:14
Seluruh warga Pondok mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Hj Wan Mohamed b Wan Osman Mudir Pondok Pasir Tumboh yg dianugerahkan pingat Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) membawa gelaran Datuk Sempena ulang tahun ke-47 Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V semalam

Anugerah ini merupakan kali kedua buat mudir pondok Pasir Tumboh setelah al-Marhum Dato' Paduka TG Hj Hashim turut menerima anugerah yang sama beberapa tahun lepas

Moga ia dijadikan suatu pengiktirafan daripada Tuanku atas segala jasa Tuan Guru dan juga pusat pengajian pondok
 
Persiapan menghadapi hari yang dijanjikan PDF Print E-mail
Written by JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR   
Monday, 24 October 2016 10:37

TAHUKAH kita apakah hari yang dijanjikan itu? Hari itu ialah saat di mana ditiupkan sangkakala oleh Malaikat Israfil. Pada tiupan pertama, seluruh alam ini binasa, bukit bukau menjadi debu berterbangan, bintang-bintang dan cakerawala gugur bertaburan, bangunan-bangunan tinggi tersungkur menyembah bumi dan pada hari itu semua makhluk menjadi binasa.

Yang tinggal hanya Allah SWT yang bersifat Baqa’. Kemudian selepas itu ditiupkan pula sangkakala kedua, maka seluruh umat manusia akan dibangkitkan Allah daripada kubur masing-masing, inilah apa dikatakan sebagai hari yang dijanjikan Allah.

Read more...
 
Ilmu bersih jiwa, jadikan umat hebat PDF Print E-mail
Written by Mohd Faiz Othman   
Monday, 24 October 2016 10:32

Hari Jumaat adalah hari ilmu, di mana kita terutamanya kaum Adam akan berhimpun untuk mendengarkan ilmu daripada khatib ketika solat Jumaat.

Islam amat menekankan kepentingan ilmu dan khutbah Jumaat sendiri membuktikan penyebaran ilmu itu sangat penting. Jumaat juga adalah hari muhasabah kita untuk menilai hijrah ilmu kita adakah di tahap lama atau ada ilmu baharu yang kita pelajari.

Read more...
 
Dakwah itu adalah akhlak yang baik PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 24 October 2016 10:31

DAKWAH adalah mengajak kepada perintah Allah dan Rasul. Dalam al-Quran kalimah dakwah ditemukan sekitar 198 kali yang menunjukkan kewajipan dakwah tidak berlaku secara berkelompok tetapi meliputi setiap individu Muslim.

Ia merupakan tugas bersama bukan sekadar tugas pendakwah atau ustaz yang sering tampil di televisyen, radio, masjid, surau atau media massa yang terkini. Secara umumnya, aktiviti agama sering dilakukan di masjid atau surau di mana golongan yang tertarik untuk menyertai aktiviti tersebut merupakan golongan “beragama” , seolah-olah dianggap “tertutup” untuk bukan Islam atau Muslim yang jauh daripada Islam.

Read more...
 
Kem Cuti Sekolah/ IPT 2016 di Pondok Munawwarah, Bukit Marak PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 24 November 2016 06:48

Istimewa Cuti Sekolah/IPT

10 – 24 Disember 2016 (2 minggu)

Tarikh tutup pendaftaran bila peserta telah mencukupi had iaitu 50 orang.

Tempah dan sahkan pendaftaran melalui sms /wtsap

Cara Daftar

Mesej atau watsap  <> Nama peserta <> Umur< >Kem munawwarah

kepada  019- 9388902(Ust. Shairazi )

 

Last Updated on Monday, 05 December 2016 06:08
Read more...
 
Senarai Kem Cuti Sekolah/IPT Di Pondok Kelantan 2016 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 12 November 2016 08:51

Di bawah ini senarai kem cuti sekolah/IPT untuk tahun ini

 

Last Updated on Monday, 14 November 2016 18:21
Read more...
 
Bergurau ada hadnya PDF Print E-mail
Written by TARMIZI ABDUL RAHIM   
Monday, 24 October 2016 10:35

BERGURAU tidak salah, malah Islam pun mengharuskannya selagi masih dalam batasan. Apa yang penting, jangan melampau hingga sengaja mereka-reka sesuatu yang langsung tidak diucapkan oleh individu terbabit.

Mungkin kerana kononnya atas alasan untuk bergurau, lazimnya pada setiap Khamis, ramai lelaki sibuk berkongsi mesej, gambar dan dialog ‘malam Jumaat’ sesama mereka dalam kumpulan interaktif media sosial terutama WhatsApp.

Read more...
 
Fahami hakikat kebahagiaan hakiki PDF Print E-mail
Written by PROFESOR MADYA DR. SAODAH ABD. RAHMAN   
Monday, 24 October 2016 10:31

UMAT Islam sepatutnya memahami bahawa ke­­hidupan di dunia ini adalah sementara. Islam mengajar umatnya erti kehidupan dan bagaimana hendak mengendalikan kehidupan di dunia sebagai insan yang mulia sebelum roh kembali menemui Allah SWT. Apabila jasad diletakkan dalam tanah dan roh berada di alam barzakh maka ketika itu manusia akan memahami setiap ­gerak-geri dan tindak-tanduk mereka di dunia ini memberi kebahagiaan yang hakiki atau sebaliknya.

Read more...
 
Al-Quran nikmat berharga kepada umat Islam PDF Print E-mail
Written by JABATAN MUFTI NEGERI PAHANG   
Monday, 24 October 2016 10:30

UMAT Islam seharusnya bersyukur kerana dianugerahkan Allah SWT dengan kitab suci al-Quran. Bukan hanya sebagai panduan hidup, malah mukjizat terbesar umat Islam ini juga menunjukkan jalan bagi mencapai kebahagiaan di akhirat.

Namun, kesyukuran itu tidak seharusnya hanya dilafazkan pada bibir, sebaliknya perlu meresap jauh ke dalam hati dan seterusnya dibuktikan dalam kehidupan seharian.

Firman Allah SWT dalam surah Yunus: 57 maksudnya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhan kamu yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, serta menjadi hidayah (untuk keselamatan) dan sebagai rahmat bagi orang yang beriman.”

Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 4 of 168
 

Bancian Pengunjung

Pandangan anda berkenaan Laman ini