Biar sikit asalkan berkat PDF Print E-mail
Written by MOHD. SHAH CHE AHMAD   
Sunday, 12 February 2017 16:03

MEMPUNYAI harta dan wang melimpah ruah bukan jaminan bagi seseorang individu untuk hidup dengan senang dan tenang atau memperoleh segala yang diinginkan di dunia.

Pengasas Institut Qalam, Texas, Amerika Syarikat, Syeikh Abdul Nasir Jangda ketika menyampaikan ceramah dalam jelajah dakwahnya berkata, walaupun dilihat serba sederhana, tidak mustahil individu itu lebih sempurna dan gembira berbanding mereka yang mempunyai kehidupan mewah.

Begitulah tambah pendakwah kelahiran Dallas itu, keajaiban rezeki dan keberkatan dikurniakan oleh Allah SWT kepada setiap hamba-Nya yang diingini tanpa mengira pangkat serta latar belakang.

“Ramai beranggapan dengan memiliki harta dan wang yang banyak pasti menjamin kebahagiaan, sehingga kita sentiasa menyebut dalam doa supaya Allah memperluaskan rezeki, menambahnya serta dikurniakan tanpa henti.

“Sebaliknya kita lupa, bukan harta dan wang yang banyak itu menjamin kecukupan tetapi sebenarnya adalah keberkatan daripada Allah. Seharusnya kita perlu berdoa, ‘apa yang aku telah peroleh adalah lebih daripada cukup, tetapi aku cuma mohon agar engkau (Allah) suntik keberkatan dan keredaan dalam setiap rezeki dikurniakan kepadaku,” katanya.

Read more...
 
Sumbangan untuk musibah kebakaran di Pondok An-Nuur, Pahang PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 19 January 2017 06:35

KUANTAN: Asrama Pusat Pendidikan Islam Annur Jalan Pantai Sepat, Kampung Kuala Penor di sini terbakar kira-kira jam 8.00 malam semalam.

Pusat pendidikan tersebut menempatkan seramai 110 orang pelajar berumur antara 12 hingga 20 tahun.

Menurut laporan rasmi pihak berkuasa, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan bangunan konkrit asrama pelajar lelaki di bahagian tingkat atas menempatkan seramai 60 orang pelajar manakala di tingkat bawah menempatkan 4 orang pelajar.

Read more...
 
Islam Perlukan Lelaki Beriman, Berdedikasi PDF Print E-mail
Written by HISYAMUDDIN AYUB   
Thursday, 19 January 2017 06:32

SUATU hari Umar Al-Khattab r.a berada dalam sebuah rumah di Madinah bersama sekumpulan sahabat. Beliau bertanya kepada kumpulan sahabat tersebut tentang apa yang dimahukan mereka untuk mengisi sebuah rumah kosong.

“Seorang sahabat menjawab, dia mahukan rumah kosong itu diisikan dengan emas supaya dapat menggunakannya untuk jihad dan dibelanjakan pada jalan Allah SWT. Sementara seorang lagi sahabat berkata, dia mahukan rumah itu diisikan dengan permata dan berlian supaya harta tersebut boleh diberikan kepada umat Islam lain serta dimanfaatkan di jalan Allah SWT,”

Read more...
 
Ngeri hadapi mati tanpa persiapan PDF Print E-mail
Written by Fairuz Noordin   
Sunday, 08 January 2017 15:07

UMAT yang mampu mengikuti akhlak Nabi Muhammad SAW adalah mereka yang matlamat hidupnya kerana Allah SWT dan seterusnya untuk hari akhirat. Golongan berikutnya, yang banyak berzikir dan berselawat kepada Baginda SAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Ustaz Mohd Meeftah Annuar dalam slot Mau’izati di IKIMfm berkata, kematian adalah alam awal kepada alam akhirat, betapa berat dan ngerinya kematian jika kita gagal membuat persiapan untuk menghadapinya.

Imam Abu Lais al-Samarkandi meriwayatkan daripada Anas bin Malik, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang suka bertemu dengan Allah, Allah juga suka bertemu dengannya.”

Pertemuan itu menerusi kematian atau ketika mendirikan solat kerana ia pertemuan seorang hamba dengan Tuhannya seperti mana pertemuan Rasulullah SAW dengan Allah SWT di Sidratul Muntaha. Jika Rasulullah SAW dapat bertemu dengan Allah SWT, maka begitu juga umat Baginda iaitu di dalam solat.

Read more...
 
Kesedaran, pengetahuan Islam kunci lunas hutang PDF Print E-mail
Written by MOHAMAD A’SIM ISMAIL   
Sunday, 08 January 2017 15:05

HUTANG adalah satu keperluan dalam kehidupan masyarakat semasa. Ia menjadi satu medium untuk memenuhi pelbagai keperluan termasuk perkara asas seperti rumah, kereta dan pendidikan.

 

Antara cara lain yang boleh dilakukan ialah dengan memberi kesedaran dan pengetahuan dari aspek kerohanian iaitu pendidikan agama. Islam menggesa umatnya tolong-menolong sesama mereka. Antara caranya ialah dengan memberikan hutang untuk membantu orang lain. Maksud firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang telah ditentukan, hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar.” (Al-Baqarah: ayat 282).

Read more...
 
Sekularisasi, liberalisasi sama bahaya PDF Print E-mail
Written by Dr Khalif Muammar   
Sunday, 12 February 2017 16:02

SATU daripada tiga agenda besar sekularisasi adalah membuang unsur agama daripada politik. Pengalaman masyarakat Barat terhadap percampuran antara agama dengan politik meninggalkan kesan mendalam. Pengalaman pahit ini kemudian dibuat secara umum sehingga apa sahaja bentuk percampuran agama dengan politik dianggap destruktif.

Pendekatan sekular terhadap politik ini adalah satu daripada dua ekstrem.

Pertama adalah idea penyatuan agama dengan politik, yang meletakkan agama dalam kerangka politik. Agama menjadi alat kepentingan kekuasaan. Ini dihadapi Barat pada zaman pertengahan.

Kedua, yang juga timbal balik terhadap pendekatan pertama, adalah pemisahan agama daripada politik. Mereka beri andaian percampuran agama dengan politik akan membawa kepada – tiada kebebasan beragama; kuasa mutlak dan penyalahgunaan agama untuk kepentingan kuasa; beri keistimewaan kepada satu agama sehingga menzalimi penganut agama lain. Pemisahan ini diharap membantu semua penganut agama berbeza, hidup aman damai.

Read more...
 
Kisah dalam al-Quran inspirasi hidup PDF Print E-mail
Written by Faiz Othman   
Thursday, 19 January 2017 06:33

HAYATI nilai kehidupan dengan memahami setiap kisah yang disampaikan menerusi al-Quran. Kisah nabi yang Allah SWT ceritakan dalam al-Quran bukan sekadar untuk tatapan, tetapi perlu kita gunakan sebagai panduan dan inspirasi kehidupan.

Menerusi segmen Ibrah di IKIMfm untuk episod terakhir 2016, Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman, berkongsi mengenai rangkuman ibrah dan pengajaran menerusi kisah dalam al-Quran.

Mengapa Allah SWT menjadikan satu perempat daripada al-Quran adalah kisah yang berlaku pada masa lampau? Orang yang membaca dan berinteraksi dengan al-Quran serta bertadabbur isi kandungannya tidak berasakan ia adalah kisah mengenai seseorang atau kejadian lampau.

Read more...
 
Minuman dan pakaian ahli Neraka PDF Print E-mail
Written by Fairuz Noordin   
Thursday, 19 January 2017 06:30

Rasulullah SAW menyebut, ada empat perkara yang menyebabkan manusia dibakar dengan pakaian neraka. Mereka berperangai seperti jahiliah iaitu berbangga dengan keturunan, suka melaknat keturunan, memohon daripada sumber lain selain Allah SWT dan mereka yang suka meratap orang yang meninggal dunia. Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani turut menekankan kepentingan menjaga aurat kerana ia juga penyebab manusia dicampak ke neraka.

ALLAH SWT menciptakan api untuk membakar dan memanaskan manusia kerana sifatnya yang dahsyat, sangat menakutkan serta mengerikan. Api neraka dibakar selama seribu tahun dalam keadaan berwarna putih, seribu tahun kemudiannya bertukar menjadi biru, seribu tahun berikutnya menjadi merah. Apabila dihumban ke neraka, manusia berada dalam keadaan tidak berpakaian dan menurut ulama, pakaian mereka juga diperbuat daripada api.

Read more...
 
Karamah kalis sejuk Sahabat nabi RA PDF Print E-mail
Written by ABDULLAH BUKHARI   
Sunday, 08 January 2017 15:06

JIKA mahu dinobatkan siapa wali Allah yang paling utama, tiada siapa dapat menandingi ‘ranking’ diungguli para sahabat nabi r.a. Apa tidaknya, mereka hidup dan bersusah senang bersama Rasulullah SAW menyebarkan Islam. Nama harum generasi mereka turut direkodkan al-Quran dan hadis.

Jika diteliti dalam kitab hadis dan sejarah, kita akan menemukan banyak karamah para sahabat nabi, antaranya kisah cahaya yang mengiringi laluan dua sahabat:

“Anas r.a. menceritakan dua lelaki Ansar (Usayd bin Hudhayr dan ‘Abbad bin Bisyr) keluar setelah bertemu Rasulullah SAW pada malam yang sangat gelap. Tiba-tiba di hadapan mereka berdua ada (secebis) cahaya menyuluh jalan. Apabila kedua-duanya berpisah cahaya tersebut berpecah dua (mengikut mereka),” – Sahih Bukhari
Juga kisah ajaib Safinah (lelaki) bekas hamba Rasulullah SAW yang diiringi seekor singa dalam perjalanannya. Singa itu tunduk mengiringinya apabila beliau menyebut beliau adalah utusan Rasulullah SAW (Mustadrak al-Hakim, Dala’il al-Nubuwwah).

Read more...
 
Menghayati kandungan surah Maryam PDF Print E-mail
Written by ABDULLAH BUKHARI   
Sunday, 08 January 2017 15:04

SEMUA nabi termasuk Isa a.s. adalah watak kesayangan umat Islam. Jika sesiapa mencela atau menafikan kemuliaan mereka, maka akidahnya akan runtuh menyembah dasar neraka. Beriman kepada semua nabi dan Rasul adalah Rukun Iman yang wajib ditegakkan semua Muslim. Jika satu daripadanya dicabut, maka rumah Islam akan tersungkur tanpa nilai.

Firman Allah:

“Katakanlah (wahai orang yang beriman): kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada para nabi daripada Tuhan mereka; kami tidak membezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu – Yahudi dan Nasrani – membezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata” (al-Baqarah [2:136]).

Baginda dipuji dengan gelaran Ulul Azmi atau Utusan Allah yang sangat teguh keazamannya dalam dakwah (al-Ahzab [33:7], al-Syura [42:13] dan al-Ahqaf [46:35]).

Pada tempat lain, al-Quran membela Nabi Isa a.s. dengan cara yang lebih unik ketika baginda dicaci orang Yahudi sebagai anak luar nikah:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur,” (al-Nisa’ [4:163]).

Kronologi zaman para nabi dalam ayat ini kelihatan agak janggal kerana Allah meletakkan kedudukan nama Nabi Isa selepas anak-anak nabi Yaaqub, sedangkan baginda diutuskan jauh selepas zaman mereka. Allah sebagai Tuhan yang Maha Bijaksana pasti mempunyai sebab kukuh dalam penyusunan ini.

Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 2 of 168
 

Bancian Pengunjung

Pandangan anda berkenaan Laman ini